STUP1DH3RO Admin

Number of posts: 58 Age: 25 Location: N3W C4STL3, K3L4NT4N Registration date: 2008-07-20
 | Subject: Perpindahan Samir Nasri ke Arsenal selesai Fri Aug 01, 2008 5:37 am | |
| Akhirnya bintang muda Marseille, Samir Nasri melengkapkan perpindahan ke Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £12 juta. Arsene Wenger begitu yakin pemain muda ini bakal memberikan impak yang sangat positif kepada skuad muda beliau dalam memburu kejuaraan musim hadapan.
Dengan Alexander Hleb yang bakal meninggalkan kelab itu, Arsenal sudah kelihatan mempunyai pengganti terbaik mereka dengan membawa pemain berbakat besar berusia 21 tahun ini. Sebelum ini Arsenal turut mendapatkan pemain muda Aaron Ramsey dari Wales.
“Samir mempersembahkan permainan yang menarik dan hebat sepanjang 2 musim lepas untuk Marseille dan Perancis dan ianya tiada curiga lagi bahawa pemain ini akan menyerlah di England,” kata Wenger. Arsenal akan memulakan kempen musim ini pada 12/13 Ogos dalam kelayakkan ke Liga Juara – Juara.
Menurut Nasri ini merupakan langkah yang terbaik dalam hidupnya dengan bermain untuk kelab besar seperti Arsenal. “Saya mengharapkan semuanya akan berjalan lancar dan saya akan melakukan yang terbaik untuk Arsenal dan penyokongnya,” kata Nasri. |
|