STUP1DH3RO Admin

Number of posts: 58 Age: 25 Location: N3W C4STL3, K3L4NT4N Registration date: 2008-07-20
 | Subject: Keane ke Liverpool dengan £20.3 juta, Barry masih diintai Fri Aug 01, 2008 5:31 am | |
| Liverpool akhirnya memulakan pembelian termahal musim ini dengan membawa penyerang Tottenham Hotspurs, Robbie Keane dengan yuran perpindahan sebanyak £20.3 juta. Bagaimanapun, Benitez memaklumkan Liverpool akan berusaha mendapatkan Barry namun terpkasa menjual beberapa pemain lain.Jurulatih dari Sepanyol itu memaklumkan beliau tidak minat untuk menjual pemain pertahanannya Alvaro Arbeloa dengan nilai tawaran sebanyak £ 7 juta daripada Sevilla. Beliau berkata Arbeloa adalah sebahagian daripada perancangan beliau dalam menghadapi musim baru nanti. Kemungkinan besar Jermaine Pennant, Andriy Voronin or Steve Finnan akan dijual bagi mengumpul dana untuk memiliki Barry dan Xabi Alonso menjadi taruhan sekiranya yuran perpindahan beliau melebihi £ 15 juta. Bentez sama sekali tidak menyembunyikan minatnya untuk memiliki ketua pasukan Aston Villa, Gareth Barry yang hanya akan dibenarkan ke Anfield dengan yuran perpindahan sebanyak £ 18 juta.
Last edited by STUP1DH3RO on Fri Aug 01, 2008 5:35 am; edited 1 time in total |
|