FIFA membuat kenyataan pemain bintang Menchester United, Cristiano Ronaldo sepatutnya dibenarkan untuk meninggalkan kelab itu pada perpindahan musim panas ini. Manchester United telah menggariskan bahawa Ronaldo tidak akan dibenarkan berpindah walaupun beliau tetap untuk meninggalkan Old Trafford.
Real Madrid tidak menyembunyikan minat mereka tehadap pemain sayap bertaraf dunia ini walaupun kini pemain itu menghadapi masalah kecederaan serius selepas perlawanan EURO 2008. Bagaimanapun juara England dan Eropah itu masih berdegil untuk melepaskan pemain kesayangan mereka itu.
Ronaldo telah membantu United merangkul dua kejuaraan besar musim ini dan dikatakan sangat berminat dengan tawaran dari gergasi Sepanyol itu, Real Madrid. Namun kesukaran mendapatkan pemain ini berkemungkinan besar akan menyebabkan ianya tidak akan berlaku apa – apa.
Last Updated ( Friday, 11 July 2008 )