Penyerang Sepanyol, David Villa menafikan beliau akan menyertai Liverpool pada perpindahan musim panas ini. David Villa dijangka akan meninggalkan Valencia untuk menyertai Liverpool, Chelsea atau Real Madrid.
Walaubagaimanapun, Villa menafikan akan mengikuti jejak rakannya di Sepanyol, Fernando Torres untuk ke Anfield dengan bekas pengurus Valencia Rafael Benitez. Villa yang sedang mendahului sebagai penjaring terbanyak EURO 2008 ingin memburu kasut emas pertama beliau dalam peringkat antarabangsa.
Menurut Villa beliau tidak berkata apa – apa mengenai perpindahan ini. ‘ Kelab saya tidak mahu menjual saya, percayakan saya, saya hanya fokus pada EURO. Setahu saya, tiada sesiapa dari Liverpool bertemu dengan saya, tetapi saya sudah fikirkan masa depan saya.’
Last Updated ( Thursday, 19 June 2008 )